~_~

ping

My Ping in TotalPing.com

Monday, 28 November 2016

TAHAP PERKEMBANGAN INDUSTRI FRANCAIS


Industri francais Malaysia menunjukkan perkembangan positif kerana menembusi pasaran global dan mampu bersaing dalam pasaran antarabangsa apabila 59 produk tempatan berjaya mengembangkan perniagaan di 53 buah negara. Menurut Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Jamil Salleh melalui Sinar Harian (2016), sejumlah 813 perniagaan francais telah didaftarkan di Malaysia.Tambahan pula, dengan penganjuran Franchise International Malaysia (FIM) 2016 awal Mei lalu pula, sebanyak RM371 juta pelaburan telah dicatatkan oleh 78 syarikat melalui 926 potensi francais.

Hal ini menunjukkan peningkatan bilangan potensi francais sebanyak 19.7 peratus berbanding tahun lalu .Justeru itu, Kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil langkah inisiatif untuk membangunkan sektor francais di Malaysia melalui penyediaanPelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN).

Kerajaan melalui kementerian dan pelbagai agensi terlibat menganjurkan pelbagai program setiap tahun mempromosikan jenama tempatan di pasaran antarabangsa.Usahawan francais perlu memanfaatkan platform itu untuk memudahkan mereka mengenali lebih dekat peluang pasaran dan persekitaran sesebuah negara.

Pelbagai strategi dan program di rancang secara menyeluruh bagi menyokong pertumbuhan francais dan merealisasikan aspirasi PIPFN untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat francais di rantau Asia Tenggara dan Timur Tengah menjelang tahun 2020.


No comments:

Post a Comment