KERAJAAN
Bagi membina sistem sokongan industri francais
yang lebih berkesan, peranan kerajaan dalam membangunkan perniagaan francais
untuk menyumbang kepada peningkatan ekonomi Malaysia adalah dengan penyediaan
kemudahan kewangan. Insentif dan bantuan kewangan yang disediakan oleh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan adalah termasuk
Skim Pembiayaan Francais (SPF), Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF), Skim
Pembiayaan Kecil Francais (SPKF), Bantuan kewangan yang disediakan oleh
Perbadanan Nasional Berhad (PNS).
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
Dan Kepenggunaan dengan kerjasama Credit Guarantee Corporation (CGC) telah
memperkenalkan Skim Pembiayaan Francais (SPF), khusus untuk membantu usahawan
yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan francais. Jumlah pinjaman
maksimum adalah sebanyak RM 7.5 juta. Jumlah pinjaman yang akan diluluskan
adalah bergantung kepada keperluan perniagaan berkenaan. Melalui skim ini, para
usahawan boleh mendapatkan pembiayaan menerusi institusi kewangan tertentu yang
mengambil bahagian dalam skim ini. Bank-bank perdagangan yang terlibat adalah
CIMB Bank Berhad dan Maybank Berhad.
Selain itu, Dana Bantuan Pembangunan Francais
(DBPF) juga diadakan sebagai insentif bagi menggalakkan usahawan tempatan untuk
menukarkan perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan francais. Melalui
dana ini, perniagaan yang telah berjaya didaftarkan sebagai perniagaan francais
(francaisor atau francaisi induk) layak diberikan geran dalam bentuk bayaran
balik sehingga 90% dari kos yang digunakan untuk membangunkan sistem francais dengan
had maksimum RM100,000.
Bagi Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPKF)
pula, skim ini bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kecil
(micro-franchising) kepada francaisi tempatan yang berpendapatan kecil dan
sederhana dengan pembiayaan maksimum sehingga RM50,000. Skim ini menyediakan
pembiayaan perniagaan kepada bakal-bakal usahawan untuk menceburi bidang
perniagaan francais secara mikro yang menawarkan satu model perniagaan yang
teratur, sistematik dan kurang berisiko. Bantuan kewangan yang disediakan oleh
Perbadanan Nasional Berhad (PNS)pula termasuk Pre-Franchise Scheme, Skim
Francais Eksekutif, Skim Pembiayaan Francaisi, Franchise Micro Financing Scheme
(SPKF),Graduate Franchise Programme dan sebagainya.
Tambahan pula, program yang telah dibangunkan
bagi memastikan perniagaan francais berkembang pesat termasuk Program
Pembangunan Francais (PPF). Program ini adalah satu program pemasaran
berteraskan konsep Pensyarikatan Malaysia yang bertujuan membangunkan
usahawan-usahawan kecil dan sederhana (UKS) di sektor perdagangan, perkhidmatan
dan perindustrian.
Selain itu, Program Pembangunan Francais
Tempatan (PPFT) juga diperkenalkan bertujuan untuk memberikan bantuan kepada
pengusaha-pengusaha tempatan yang mempunyai produk yang berpotensi untuk
difrancaiskan tetapi tidak mengetahui cara untuk memfrancaiskan produk
tersebut. Melalui program ini, pengusaha yang berkelayakan akan dibimbing dari
peringkat awal sehingga pembukaan outlet prototaip, dengan kos bayaran
perundingan dibiayai sepenuhnya oleh agensi kerajaan.
Sebagai usaha membendung penipuan melibatkan perunding
francais swasta yang semakin berleluasa, peraturan baharu akan mewajibkan
golongan berkenaan memohon lesen daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi Dan Kepenggunaan(KPDNKK) dan hanya syarikat yang mempunyai lesen
sahaja dibenarkan menawarkan khidmat kepada industri francais selepas
penguatkuasaan dibuat. Dengan peraturan baharu nanti, kerajaan akan menetapkan
bayaran rundingan mengikut jenis perniagaan francais. Peraturan dan akta baharu
ini penting untuk kerajaan merangka program pembangunan pada masa depan
memandangkan pelan induk lima tahun ini mempunyai perancangan yang besar
terutamanya bagi memperkasa penerokaan pasaran luar negara.
SWASTA
Usaha
untuk membangunkan industri francais turut disokong oleh sektor swasta. Antara agensi dan badan
berkanun dan bukan kerajaan yang menyumbang kepada pembangunan industri
francais ialah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Credit Guarantee Corporation Sdn
Bhd, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Malayan Banking Berhad (MAYBANK), CIMB
Bank Berhad (CIMB), Malaysian Franchise Associations (MFA), Perbadanan Nasional
Berhad, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), SME Corporation Malaysia.
Badan bukan kerajaan yang dinyatakan ini bersedia untuk memberikan bantuan
dalam bentuk kewangan atau modal untuk membantu usahawan francais.Bantuan dalam
bentuk kewangan merangkumi bantuan pembeli peralatan, sewaan premis dan perkara
yang berkaitan dengan modal dan peralatan.
Agensi dan badan bukan kerajaan ini banyak
memberi sumbangan seperti latihan dan khidmat nasihat, bantuan kewangan serta
premis perniagaan.Keutamaan bantuan oleh agensi dan badan bukan kerajaan lebih
memberi keutamaan kepada usahawan bumiputera. Antara persatuan yang terlibat
adalah :
i)
Persatuan Francais Malaysia (MFA)
Malaysian Franchise Association atau ringkasnya MFA telah
ditubuhkan pada tahun 1994 untuk membantu usaha kerajaan dalam menggalak dan
menambahkan bilangan usahawan yang terlibat dalam bidang francais. MFA
bertindak sebagai pusat sumber maklumat kepada francaisor, francaisi, pihak
media dan seterusnya orang ramai. MFA meletakkan para francaisor, bakal
francaisor, master francaisi, bakal master francaisi, beberapa agensi kerajaan
dan pihak berkuasa, bank, firma perakaunan, firma guaman, jururunding francais,
pembekal dan vendor di bawah satu bumbung.
No comments:
Post a Comment