Konsep
dan pendekatan francais diterima pakai dalam sektor swasta dan komersial serta
begitu popular mutakhir ini.Tidak dapat dinafikan bahawa Industri francais ini
mempunyai kepentingan terhadap ekonomi dan sosial . Berikut adalah penjelasan
lebih terperinci tentang kepentingan industri ini dalam dua aspek berikut:
EKONOMI
Perkembangan
perniagaan francais memberi pelbagai manfaat kepada sesebuah negara,
terutamanya dari segi ekonomi. Jika dilihat dari sudut ekonomi, situasi ini
akan membantu merangsang lagi pertumbuhan perniagaan dengan mewujudkan
usahawan-usahawan tempatan yang akan menawarkan produk yang berjenama. Melalui
sistem francais juga satu transformasi kepakaran, teknologi dan idea-idea
baharu akan diperoleh oleh usahawan yang akan membantu pertumbuhan ekonomi
setempat. Selain itu, senario ini akan menggalakkan perdagangan antarabangsa
sekali gus menyumbang kepada pertukaran mata wang negara di samping membuka
peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Perniagaan
francais secara langsung mampu memberi sumbangan yang positif terhadap
pertumbuhan ekonomi negara. Menurut Utusan (2014), pada ketika ekonomi negara
berada pada landasan yang kukuh, permintaan domestik telah memainkan peranan
penting di dalam pertumbuhan ekonomi.
SOSIAL
i) Memenuhi Keperluan Masyarakat
Dengan
adanya Perniagaan Francais ia dapat memenuhi keperluan masyarakat. Hasil
daripada aktiviti-aktiviti perniagaan, iaitu urusan pembelian dan penjualan
barangan dan perkhidmatan, para peniaga akan memperolehi keuntungan manakala
pihak pembeli dan pengguna pula memiliki barangan dan perkhidmatan yang dapat
memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
ii)
Menyediakan Pekerjaan Kepada Masyarakat
Sebahagian
besar masyarakat menyara kehidupan mereka melalui pekerjaan yang diperolehi
daripada sektor perniagaan.Perkembangan Industri francais di Malaysia
membolehkan masyarakat bekerja sebagai peniaga atau sebagai pekerja dalam
organisasi perniagaan.Pendapatan yang diterima melalui pekerjaan yang
diperolehi daripada sektor perniagaan dapat menyara malah meningkatkan taraf
hidup masyarakat.Selain itu, pekerja-pekerja yang kehilangan pekerjaan dan
terdesak semasa berlakunya kemelesetan ekonomi boleh beralih kepada perniagaan
terutamanya perniagaan secara kecil-kecilan sebagai sumber rezeki yang baru.
iii) Memahami Pergolakan Perniagaan
Kefahaman
terhadap konsep perniagaan francais akan
dapat membantu dan memudahkan lagi individu ataupun organisasi untuk memahami
dan mengenal pasti sebarang pergolakan perniagaan semasa. Misalnya, Syarikat A
sedang menghadapi masalah kewangan, maka kita boleh mengambil kesempatan ini
untuk memiliki syarikat yang berkenaan dengan membeli saham-sahamnya atau
tidak.
iii) Peluang Global
Masyarakat
yang berilmu perniagaan akan memudahkan negara
untuk menceburi dalam perniagaan di peringkat antarabangsa atau global.
Penguasaan ilmu perniagaan membolehkan peniaga-peniaga negara kita bersaing
terutamanya dengan peniaga-peniaga dari negara-negara maju.Kita memerlukan
kemahiran, kepakaran dan lebihan persaingan (competitive
edge) yang tinggi dan berkualiti untuk maju dan menjayakan perniagaan di
peringkat antarabangsa atau global
No comments:
Post a Comment