~_~

ping

My Ping in TotalPing.com

Monday, 28 November 2016

FAKTOR SESEBUAH SYARIKAT MENFRANCAISKAN PERNIAGAAN

    
Aziela (2013),menggariskan beberapa faktor sesebuah syarakat menfrancaiskan perniagaan mereka. Antaranya adalah:

i) Untuk mengumpulkan modal supaya perkembangan pesat dapat dilakukan. 
Sesebuah syarikat yang mengalami pertumbuhan dan perkembangan pesat mungkin menghadapi masalah aliran tunai dan risiko. Untuk mengatasinya kemelesetan ekonomi, cara ini adalah yang terbaik untuk berkembang dengan melibatkan risiko kewangan yang minimum ialah memfrancaiskan perniagaan mereka.

ii) Untuk mengumpulkan tenaga kerja dan motivasi.
Dalam proses perkembangan korporat sebahagian daripada cawangannya mungkin terletak jauh dari syarikat induk. Hal ini mungkin akan menyebabkan kejatuhan produktiviti dan keuntungan kerana pengurus syarikat yang bertanggungjawab ke atas cawangan tersebut tidak mendapat penyeliaan secara langsung daripada syarikat induk. Akan tetapi jika perniagaannya difrancaiskan, pengurus cawangan itu sebenarnya adalah pemilik syarikat yang dikenali sebagai francaisi bukan seorang pengurus yang makan gaji. Maka ini, sudah tentu memberi insentif yang tinggi pada francaisi untuk memaksimumkan usaha di dalam perniagaannya sendiri.

iii) Risiko perniagaan yang rendah. 
Dalam perniagaan bukan francais, jika perniagaan itu gagal, maka pemilik perniagaan itu akan hilang segalanya. Akan tetapi dalam pakej francais, jika perniagaan itu menghadapi masalah, ia sekurang-kurangnya masih mempunyai francaisor sebagai perujuk kepada permasalahan perniagaannya. Francaisor akan memberi latihan lanjutan dan bantuan on-the-spot dan jika semua ini gagal, Francaisor akan membeli balik perniagaan tersebut atau menjual perniagaan itu kepada francaisi yang berpotensi pada harga pasaran semasa. Ini tidak bermakna perniagaan francais tidak akan hilang pelaburannya, tetapi sekurang-kurangnya langkah-langlah akan diambil oleh francaisor untuk mengurangkan kerugiannya.

No comments:

Post a Comment