~_~

ping

My Ping in TotalPing.com

Monday, 28 November 2016

SEJARAH PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS


Peringkat Global
Sejarah perkembangan sektor francais dapat dibahagikan kepada tiga peringkat utama.Peringkat awal bermula dari abad ke-18 yang bermula di Jerman.Ianya diasaskan oleh seorang pembuat bir dari Jerman yang menggunakan jenama pada produknya. Pada peringkat awal format francais digunakan dalam perniagaan sebagai cara mendapatkan kontrak untuk membuat bir.

Menurut Ismail (2012), sejarah perkembangan sektor francais di peringkat kedua mula bertapak di Britian pada abad ke-19 dalam industri membuat wain. Dari sinilah idea itu berkembang ke Amerika Syarikat melalui syarikat Singer Sewing Machine. Format perniagaan francais ini melalui cap dagang Singer sebagai produk dalam perniagaan mereka.Dari itu perniagaan francais terus berkembang ke Amerika Syarikat melalui Revolusi Perindustrian di Britian.

Pada kurun ke-20, di peringkat ketiga sejarah perkembangan perniagaan francais mula dikenali dalam pasaran global. Menurut beliau, ini didahului oleh Restoran A&W apabila memulakan operasinya yang menggunakan format perniagaan francais. Bermula dari detik itu, perniagaan berbentuk francais ini terus berkembang, menjadi rangkaian produk dan perkhidmatan yang berjenama.Hlm : 18

Di peringkat global pembangunan industri francais bermula sejak tahun 1850-an dan bermula untuk berkembang sejak tahun 1950-an dan di Amerika Syarikat pula tahun 1960-an. Dengan ini objektif atau tujuan utama industri ini adalah dapat mengedarkan dan menjual sesuatu barangan yang dikeluarkan kepada seluruh kawasan.

McCormick Harvesting Machine Company dan Singer Sewing Machine Company telah memulakan sistem francais di dalam pengedaran barangan mesin jahit keluaran syarikat mereka di sekitar tahun 1850-an. Singer Sewing Machine Company telah mula memberi lesen hak pengedaran produk Singer kepada syarikat-syarikat individu sebagai ejen pengedaran mesin keluaran Singer di kawasan pasaran yang eksklusif. Beliau turut memperkenalkan cara pengedaran yang baharu iaitu pengedar-pengedar yang dilantik mempunyai hak penjualan yang eksklusif di kawasan pemasaran mereka tanpa diganggu oleh pengedar-pengedar lain dan mereka dikehendaki membayar royalti atau yuran untuk memperoleh hak tersebut.

Kemudiannya, seorang usahawan terkemuka John S. Pemberton, dari Atlanta Amerika Syarikat telah menemui ramuan ubat lalu memperkenalkannya. Beliau kemudian mengubahnya menjadi minuman ringan dan membekalkannya dalam bentuk sirap kepada syarikat-syarikat pembotolan tempatan Amerika Syarikat.Usaha ini berjaya mewujudkan satu rangkaian francais minuman yang terbesar berjenama Coca-Cola. Kejayaan ini telah menjadi pemangkin kepada kewujudan syarikat lain seperti Pepsi-Cola dan Seven-Up.





Sejarah Pembangunan Industri Francais Di Malaysia
Sejarah awal menunjukkan bahawa perniagaan francais di Malaysia telah bermula sejak tahun 1946 iaitu dengan kemasukan syarikat Singer. Syarikat ini memperkenalkan sistem francais secara tidak langsung kepada usahawan tempatan iaitu dengan mengembangkan rangkaian perniagaannya. Antara bidang perniagaan lain yang turut berkembang pada awal tahun 1950-an ialah rangkaian kedai Kasut Bata, ejen-ejen penjual kereta, pengeluaran minuman ringan dan stesyen minyak.

Industri francais Malaysia menunjukkan perkembangan positif kerana menembusi pasaran global dan mampu bersaing dalam pasaran antarabangsa apabila 59 produk tempatan berjaya mengembangkan perniagaan di 53 buah negara. Menurut Setiausaha Agung Persatuan Francais Malaysia (MFA), Mohamad Shukri Salleh berkata, setakat ini sebanyak 1,992 rangkaian outlet perniagaan francais tempatan di luar negara antaranya Marry Brown, Nelson dan Secret Recipe Cakes and Cafe. Kerajaan Malaysia memberikan fokus kepada pembangunan industri francais di Malaysia sejak di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengorak langkah memperkenalkan francais pada 1993.

Menurut Persatuan Francais Malaysia (MFA), Program Pembangunan Francais mula diperkenalkan pada Ogos 1992 di Malaysia, Pembangunan Negara menetapkan unit penyelaras dan perlaksanaan (UPP) di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk bertindak sebagai pusat francais setempat. Pada Mei 1995 di mana bahagian pembangunan Francais UPP iaitu Jabatan Perdana Menteri(JPM) mula dipindahkan ke Kementerian Pembangunan Usahawan sebagai Bahagian Francais dan Vendor. Mengikut sumber daripada Bahagian Pembangunan Francais, KPDNKK sehingga 16 Julai 2012 telah mencatatkan sebanyak 426 produk Francais diperkembangkan di dalam Negara (Francaisor) iaitu mencatatkan 64%daripada keseluruhannya manakala produk Francais luar negara (Francaisi Induk dan Francaisi) adalah sebanyak 240 iaitu 36% daripada jumlah keseluruhan produk Francais ini. Kerajaan melalui kementerian dan pelbagai agensi terlibat menganjurkan pelbagai program setiap tahun mempromosikan jenama tempatan di pasaran antarabangsa. Usahawan francais perlu memanfaatkan platform itu untuk memudahkan mereka mengenali lebih dekat peluang pasaran dan persekitaran sesebuah negara. Kerajaan akan membantu usahawan francais ke luar negara. Kerajaan memberikan maklumat dan sokongan tambahan apabila berada di pasaran luar. Dalam perniagaan francais, hubungan dan kerjasama penting untuk terus berdaya saing di pasaran tempatan dan antarabangsa.


No comments:

Post a Comment