Francais
merupakan satu bentuk pemasaran produk dengan cara memberi informasi secara
meluas tentang penawaran jenama ataupun cap dagang sama ada dalam bentuk
baranganan mahupun perkhidmatan kepada pelanggan terakhir. Pemilik francais
yang disebut francaisor memberi kebenaran kepada pihak penerima francais, sama
ada individu mahupun syarikat bagi menjalankan perniagaan dengan mengikut
kaedah, sistem dan tatacara yang telah diatur dalam perjanjian yang disepakati
antara kedua-dua belah pihak, dalam tempoh masa dan tempat yang ditetapkan.
Dalam istilah lain, francais adalah suatu perkongsian di antara pemilik produk (disebut
francais) dan yang membeli hak francais (disebut francaisi) di mana francaisor
menyediakan pelbagai persediaan sistem, manakala francaisi menyediakan modal
dalam bentuk dana, sumber manusia dan usaha yang berterusan bagi memastikan
perniagaan yang dijalankan tetap beroperasi selama terikat dalam perjanjian.
Perniagaan francais meliputi semua jenis
perniagaan berangkaian yang memenuhi ciri asas 3S iaitu sistem (system),
pengkhususan (specialization), dan piawaian (standardization). Ciri-ciri yang
kentara pada sistem ini ialah jaminan pasaran dan sistem yang sudah teruji
dengan baik, modal yang tidak besar serta pulangan yang agak lumayan dengan tempoh
masa yang singkat. Ini kerana dalam pelaksanaannya, francaisi hanya menjalankan
apa yang telah ditetapkan oleh francaisor, tanpa ia melakukan satu kajian pemasaran
(marketing survey) dan ujian kelayakan, manakala penerima francais pula akan
memperoleh penyeliaan perniagaan, kursus-kursus kemahiran menjalankan urusniaga
serta kaedah-kaedah yang akan menjayakan bidang keusahawanan. Manakala
francaisi mempunyai kewajipan bayaran dengan jumlah yang telah disepakati dalam
kontrak perjanjian kepada francaisor. Dengan sistem yang telah teruji, syarikat-syarikat
francais berjaya memperluaskan pasaran ke pelbagai kawasan, bahkan sampai ke
luar negara.
No comments:
Post a Comment