~_~

ping

My Ping in TotalPing.com

Monday, 28 November 2016

KONKLUSI


Perniagaan francais telah menyediakan pelbagai peluang kepada usahawan terutamanya individu-individu yang baru berkecimpung dalam dunia perniagaan.Perniagaan francais sudah semakin popular di Malaysia. Pertumbuhan yang agak pesat ini dapat kita lihat selepas adanya Program Pembangunan Francais pada 27 Januari 1994 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun terdapat cabaran dan halangan yang terdapat didalam industri francais di Malaysia bukan satu pematah semangat untuk meningkatkan industri ini keperingkat yang paling atas. Walaupun industri ini masih diperingkat pembangunan di Malaysia iainya satu industri penting bagi meningkatkan pendapatan dan pembangunan Negara. Cadangan dan strategi yang digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN) boleh diguna sebagai hala tuju dan panduan dalam pertumbuhan industri francais negara melalui pelaksanaan pelan tindakan yang dicadangkan.

Sejak penubuhan Program Pembangunan Francais ini, sebanyak 64 produk telah diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan seramai 382 francaisi telah diketengahkan. Sasaran kerajaan di dalam Rancangan Malaysia Ketujuh ialah untuk melahirkan 1,200 francaisi menjelang tahun 2020.

Dengan pencapaian Malaysia setakat ini, kita telah menempatkan diri sebagai negara kedua di Asia dan ke-21 di dunia dalam pembangunan industri francais.Status halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga diiktiraf dunia dan memberikan kelebihan kepada usahawan francais tempatan untuk menerokai pasaran luar negara.

Dengan membangunnya industri francais ia akan meningkankan lagi pendapatan Negara dan meningkatkan pembangunan Negara pada masa akan datang. Oleh itu sistem sokongan di dalam industri francais di Malaysia juga perlu diperluas bagi menjamin kemajuan industri francais Malaysia.



No comments:

Post a Comment