~_~

ping

My Ping in TotalPing.com

Monday, 28 November 2016

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH FRANCAIS DAN FRANCAISOR DI MALAYSIA


          Kos yang tinggi
Bagi mengatasi kelemahan isu kekurangan modal, mereka dicadangkan menyediakan kertas kerja kepada kerajaan bagi mencerminkan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, penyediaan skim pembiayaan yang komprehensif kepada francaisor, francaisi induk dan francaisi dalam bentuk pembelian ekuiti, 'loanstock' dan pinjaman biasa. Kos terlibat dengan membeli Francais ialah yuran Francais awal, yuran permulaan berbeza-beza, kos membeli hartanah, kos membina bangunan, pembelian inventori, kos mendapatkan lesen perniagaan, kos meneruskan royalti pembayaran yang biasanya 3% kepada 7% daripada pendapatan kasar bulanan.

Hubungan antara Franchisor dan Francisi
Sebenarnya, pembelian perniagaan francais yang berjenama biasa harganya amat tinggi. Di samping perlukan modal yang tinggi untuk memulakan perniagaan dan ada juga Francaisor kenakan royalti, kos iklan atau perkhidmatan tambahan. Bagi pihak yang ingin menjalani perniagaan francais, mereka dinasihatkan perlu berhati-hati dalam perkara seperti ini sebelum memasuki kontrak. Hubungan antara franchisor dan franchise perlu dijaga setelah kontrak ditandatangani kerana hal ini akan memberi kesan terhadap sistem perniagaan.

          Kreativiti yang terhad
Ceburi perniagaan francais juga akan mengakibatkan mereka hilang kebebasan dalam perniagaan sendiri apabila perlu mengikut segala arahan dan syarat seperti termeterai dalam perjanjian dengan Francaisor. Perniagaan Francais yang murah pula kemungkinan berdepan dengan risiko kurang sambutan pelanggan kerana belum lagi diuji tahap dan impak dalam pasaran, risiko yang hampir sama seperti memulakan perniagaan sendiri. Ada kalanya Francaisor gulung tikar kerana tak mampu bertahan dalam pasaran dan tujuan francaisor yang lebih kepada jual dari membaiki perkhidmatan.

           Pembangunan produk
Bagi mengatasi kelemahan pembangunan produk yang sedia ada di pasaran, mereka dinasihati supaya membangunkan produk-produk yang sama dengan produk-produk tempatan yang sedia ada di pasaran untuk difrancaiskan sekiranya didapati berpotensi sebagai perniagaan francais. Kementerian melalui agensinya akan menjalankan perniagaan tersebut sehingga berjaya dan seterusnya diambilalih oleh usahawan Bumiputera tempatan untuk difrancaiskan. Ini akan membolehkan produk-produk berkenaan dibangunkan sebagai perniagaan francais walaupun pemilik produk tidak bersedia untuk memfrancaiskan perniagaan mereka buat masa ini.

Globalisasi
Bagi menyelesaikan isu perkembangan terhadap perniagaan francais mereka dinasihatkan mengembangkan perniagaan produk-produk francais tempatan ke peringkat global. Ini termasuklah produk-produk francais yang sedia ada dan yang baru dibangunkan serta produk-produk francais yang dibangunkan dalam bentuk 'conversion'. Kementerian akan turut menyertai ekspo-ekpso francais di peringkat antarabangsa bagi mempromosikan produk-produk francais tempatan ke luar negara.

           Pemantapan operasi perniagaan
Pemberian latihan dan bimbingan kepada francaisor dan francaisi dari segi latihan teknikal operasi perniagaan produk berkenaan, kursus asas perniagaan francais kepada usahawan-usahawan, pembangunan perundingan kepada juruperunding-juruperunding francais dan mengadakan kursus-kursus di peringkat negeri juga boleh mengatasi kelemahan seperti kekurangan ilmu dan pengetahuan terhadap langkah pelaksanaan perniagaan francais yang lebih berkesan. Aktiviti ini didapati dilakukan dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia dan institusi-institusi pengajian tinggi seperti Universiti Utara Malaysia dan MEDEC, UiTM. Contohnya mengadakan seminar dan ekspo di peringkat negeri dan juga nasional bagi mempromosikan perniagaan francais kepada usahawan-usahawan tempatan. Kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan serta sektor swasta juga akan turut menyertai seminar dan ekspo di peringkat antarabangsa bagi mempromosikan perniagaan francais tempatan ke peringkat global serta menerbitkan brosur-brosur dan majalah mengenai perniagaan francais. 

No comments:

Post a Comment