~_~

ping

My Ping in TotalPing.com

Monday, 28 November 2016

FRANCAIS DITAFSIRKAN DARIPADA BEBERAPA PENGERTIAN


      Definisi Francais
Dengan mengambil dari kata dasar “Franc” atau “Franchising” dari sebutan bahasa Anglo-French yang bermaksud percuma. Pemunya perniagaan digelar ” Francaiser” (Franchiser) dan peniaga yang menggunakan model perniagaan francaiser digelar, ” Francaisi” (Franchisee). Francais bermaksud satu bentuk pemasaran atau pengagihan di mana sebuah syarikat pemberi francais (francaisor) memberi kebenaran, hak atau keistimewaan kepada seseorang individu atau syarikat pemegang francais (francaisi) untuk menjalankan perniagaan mengikut tatacara yang ditentukan dalam jangkamasa tertentu dan pada lokasi yang ditentukan.

Pengertian Francais
  *Dari Sudut Komersial:

Francais adalah satu kaedah pemasaran yang berasaskan pemberian hak dan tanggungjawab bagi menjalankan sesuatu perniagaan menggunakan tanda nama atau tanda niaga, sistem, lokasi atau kawasan dan jangkamasa yang ditentukan (MFA,2016).

*Dari Sudut Perundangan (Akta Francais):

Francais adalah kontrak atau perjanjian samada secara nyata atau tersirat, secara lisan atau tertulis di antara 2 orang atau lebih di mana antaranya ; Francaisor memberi francaisi hak untuk mengendalikan perniagaan mengikut system francais yang ditentukan oleh francaisor selama empoh yang ditentukan oleh francaisor .
Ramli Abdul Halim dalam kenyataannya di dalam Dewan Ekonomi (2016) menyatakan sebab francaisi menjalankan perniagaan di bawah nama atau cap dagang yang sudah dikenali serta menggunakan kaedah atau konsep pemasaran yang telah tersedia ada ialah kerana francais menjanjikan laluan yang lebih selamat bagi bakal usahawan memulakan perniagaan sendiri, pada masa yang sama, mereka juga tidak berniaga bersendirian.

Menurut Malayasian Franchise Association (2015), francais boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

i)  Business Format Franchaise / Local Authorised Franchaise Holder
Francais jenis format perniagaan yang paling popular dan mendapat pengikhtirafan di bawah Program Pembagunan Francais anjuran kerajaan. Peniaga francais jenis ini diberikan hak untuk menduplikasikan keseluruhan sistem perniagaan yang diamalkan oleh francaisor. Mereka biasanya terus mendapatkan hak menggunakan jenama dan mengedarkan produk yang ditawarkan. Industri francais jenis ini lebih mudah untuk menjalankan perniagaan kerana semuanya disediakan oleh francaisor. Francaisor mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan semuanya yang berkaitan dengan perniagaan yang akan dijalankan oleh francaisi

II) Dealership/Distributorship Franchaise
Menurut Persatuan Francais Malaysia(MFA), francais jenis pengedaran produk merupakan syarikat persendirian yang sedia ada telah dipelawa untuk menjadi francaisi dalam rangkaian perniagaan francaisor. Francaisi akan menukar tanda nama dan cap dagangan dagangan kepada jenama francaisor. Contohnya, Syarikat Madani Greatlink Sdn.Bhd telah diberi hak oleh Proton Edar untuk menjual kereta nasional.

            III)Trademark / Brand Name Licence
Sebagai Fraicaisor yang berlesen, pelbagai jenis barangan yang mereka keluarkan.Penglibatan francaisor adalah kurang dan agak minimum.Contohnya, watak-watak kartun Walt Disney dan Piere Cardin.




No comments:

Post a Comment