Kerajaan
melancarkan Program Pembangunan Francais pada tahun 1992 dan selepas Persatuan
Francais Malaysia ditubuhkan pada tahun 1994. Sejak itu pelbagai program dan
aktiviti telah dijalankan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat usahawan
mengenai potensi perniagaan francais di negara ini. Dari segi pertumbuhan
industri francais, pada masa ini Malaysia menduduki tangga yang kedua (2) di
kalangan negara Asia dan tangga yang kedua puluh satu (21) di dunia.
Mengikut
perangkaan, sebanyak 5% dari jumlah jualan runcit tahunan di Malaysia adalah
daripada outlet francais. Ini adalah sesuatu yang membanggakan memandangkan
industri francais di Malaysia masih agak baru berbanding dengan negara-negara
lain. Dianggarkan terdapat 268 buah perniagaan yang difrancaiskan dan sebanyak
6,500 outlet perniagaan francais di Malaysia. Potensi perniagaan francais
Malaysia untuk berkembang ke negara Asean dan lain-lain negara adalah cerah.
Kerajaan sentiasa memberi galakan ke atas usaha ini.
No comments:
Post a Comment