~_~
Monday, 28 November 2016
KONKLUSI
Perniagaan francais telah menyediakan
pelbagai peluang kepada usahawan terutamanya individu-individu yang baru
berkecimpung dalam dunia perniagaan.Perniagaan francais sudah semakin popular
di Malaysia. Pertumbuhan yang agak pesat ini dapat kita lihat selepas adanya
Program Pembangunan Francais pada 27 Januari 1994 oleh Perdana Menteri, Datuk
Seri Dr Mahathir Mohamad.
Walaupun terdapat cabaran dan halangan yang
terdapat didalam industri francais di Malaysia bukan satu pematah semangat
untuk meningkatkan industri ini keperingkat yang paling atas. Walaupun industri
ini masih diperingkat pembangunan di Malaysia iainya satu industri penting bagi
meningkatkan pendapatan dan pembangunan Negara. Cadangan dan strategi yang
digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN) boleh diguna
sebagai hala tuju dan panduan dalam pertumbuhan industri francais negara
melalui pelaksanaan pelan tindakan yang dicadangkan.
Sejak penubuhan Program Pembangunan Francais
ini, sebanyak 64 produk telah diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan
Usahawan dan seramai 382 francaisi telah diketengahkan. Sasaran kerajaan di
dalam Rancangan Malaysia Ketujuh ialah untuk melahirkan 1,200 francaisi
menjelang tahun 2020.
Dengan pencapaian Malaysia setakat ini, kita
telah menempatkan diri sebagai negara kedua di Asia dan ke-21 di dunia dalam
pembangunan industri francais.Status halal yang dikeluarkan oleh Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga diiktiraf dunia dan memberikan kelebihan
kepada usahawan francais tempatan untuk menerokai pasaran luar negara.
Dengan membangunnya industri francais ia akan
meningkankan lagi pendapatan Negara dan meningkatkan pembangunan Negara pada
masa akan datang. Oleh itu sistem sokongan di dalam industri francais di
Malaysia juga perlu diperluas bagi menjamin kemajuan industri francais
Malaysia.
MASA HADAPAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA
Kerajaan
melancarkan Program Pembangunan Francais pada tahun 1992 dan selepas Persatuan
Francais Malaysia ditubuhkan pada tahun 1994. Sejak itu pelbagai program dan
aktiviti telah dijalankan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat usahawan
mengenai potensi perniagaan francais di negara ini. Dari segi pertumbuhan
industri francais, pada masa ini Malaysia menduduki tangga yang kedua (2) di
kalangan negara Asia dan tangga yang kedua puluh satu (21) di dunia.
Mengikut
perangkaan, sebanyak 5% dari jumlah jualan runcit tahunan di Malaysia adalah
daripada outlet francais. Ini adalah sesuatu yang membanggakan memandangkan
industri francais di Malaysia masih agak baru berbanding dengan negara-negara
lain. Dianggarkan terdapat 268 buah perniagaan yang difrancaiskan dan sebanyak
6,500 outlet perniagaan francais di Malaysia. Potensi perniagaan francais
Malaysia untuk berkembang ke negara Asean dan lain-lain negara adalah cerah.
Kerajaan sentiasa memberi galakan ke atas usaha ini.
CABARAN YANG DIHADAPI OLEH FRANCAIS DAN FRANCAISOR DI MALAYSIA
Kos yang tinggi
Bagi mengatasi kelemahan isu kekurangan
modal, mereka dicadangkan menyediakan kertas kerja kepada kerajaan bagi
mencerminkan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, penyediaan skim pembiayaan
yang komprehensif kepada francaisor, francaisi induk dan francaisi dalam bentuk
pembelian ekuiti, 'loanstock' dan
pinjaman biasa. Kos terlibat dengan membeli Francais ialah yuran Francais awal,
yuran permulaan berbeza-beza, kos membeli hartanah, kos membina bangunan,
pembelian inventori, kos mendapatkan lesen perniagaan, kos meneruskan royalti
pembayaran yang biasanya 3% kepada 7% daripada pendapatan kasar bulanan.
Hubungan antara Franchisor dan
Francisi
Sebenarnya,
pembelian perniagaan francais yang berjenama biasa harganya amat tinggi. Di
samping perlukan modal yang tinggi untuk memulakan perniagaan dan ada juga
Francaisor kenakan royalti, kos iklan atau perkhidmatan tambahan. Bagi pihak
yang ingin menjalani perniagaan francais, mereka dinasihatkan perlu
berhati-hati dalam perkara seperti ini sebelum memasuki kontrak. Hubungan
antara franchisor dan franchise perlu dijaga setelah kontrak ditandatangani
kerana hal ini akan memberi kesan terhadap sistem perniagaan.
Kreativiti yang terhad
Ceburi
perniagaan francais juga akan mengakibatkan mereka hilang kebebasan dalam
perniagaan sendiri apabila perlu mengikut segala arahan dan syarat seperti
termeterai dalam perjanjian dengan Francaisor. Perniagaan Francais yang murah
pula kemungkinan berdepan dengan risiko kurang sambutan pelanggan kerana belum
lagi diuji tahap dan impak dalam pasaran, risiko yang hampir sama seperti
memulakan perniagaan sendiri. Ada kalanya Francaisor gulung tikar kerana tak
mampu bertahan dalam pasaran dan tujuan francaisor yang lebih kepada jual dari
membaiki perkhidmatan.
Pembangunan produk
Bagi
mengatasi kelemahan pembangunan produk yang sedia ada di pasaran, mereka
dinasihati supaya membangunkan produk-produk yang sama dengan produk-produk
tempatan yang sedia ada di pasaran untuk difrancaiskan sekiranya didapati
berpotensi sebagai perniagaan francais. Kementerian melalui agensinya akan
menjalankan perniagaan tersebut sehingga berjaya dan seterusnya diambilalih
oleh usahawan Bumiputera tempatan untuk difrancaiskan. Ini akan membolehkan
produk-produk berkenaan dibangunkan sebagai perniagaan francais walaupun
pemilik produk tidak bersedia untuk memfrancaiskan perniagaan mereka buat masa
ini.
Globalisasi
Bagi
menyelesaikan isu perkembangan terhadap perniagaan francais mereka dinasihatkan
mengembangkan perniagaan produk-produk francais tempatan ke peringkat global.
Ini termasuklah produk-produk francais yang sedia ada dan yang baru dibangunkan
serta produk-produk francais yang dibangunkan dalam bentuk 'conversion'. Kementerian akan turut menyertai ekspo-ekpso francais
di peringkat antarabangsa bagi mempromosikan produk-produk francais tempatan ke
luar negara.
Pemantapan operasi perniagaan
Pemberian
latihan dan bimbingan kepada francaisor dan francaisi dari segi latihan
teknikal operasi perniagaan produk berkenaan, kursus asas perniagaan francais
kepada usahawan-usahawan, pembangunan perundingan kepada
juruperunding-juruperunding francais dan mengadakan kursus-kursus di peringkat
negeri juga boleh mengatasi kelemahan seperti kekurangan ilmu dan pengetahuan
terhadap langkah pelaksanaan perniagaan francais yang lebih berkesan. Aktiviti
ini didapati dilakukan dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia dan
institusi-institusi pengajian tinggi seperti Universiti Utara Malaysia dan
MEDEC, UiTM. Contohnya mengadakan seminar dan ekspo di peringkat negeri dan
juga nasional bagi mempromosikan perniagaan francais kepada usahawan-usahawan
tempatan. Kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan serta sektor swasta juga
akan turut menyertai seminar dan ekspo di peringkat antarabangsa bagi
mempromosikan perniagaan francais tempatan ke peringkat global serta
menerbitkan brosur-brosur dan majalah mengenai perniagaan francais.
SISTEM SOKONGAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA
KERAJAAN
Bagi membina sistem sokongan industri francais
yang lebih berkesan, peranan kerajaan dalam membangunkan perniagaan francais
untuk menyumbang kepada peningkatan ekonomi Malaysia adalah dengan penyediaan
kemudahan kewangan. Insentif dan bantuan kewangan yang disediakan oleh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan adalah termasuk
Skim Pembiayaan Francais (SPF), Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF), Skim
Pembiayaan Kecil Francais (SPKF), Bantuan kewangan yang disediakan oleh
Perbadanan Nasional Berhad (PNS).
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
Dan Kepenggunaan dengan kerjasama Credit Guarantee Corporation (CGC) telah
memperkenalkan Skim Pembiayaan Francais (SPF), khusus untuk membantu usahawan
yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan francais. Jumlah pinjaman
maksimum adalah sebanyak RM 7.5 juta. Jumlah pinjaman yang akan diluluskan
adalah bergantung kepada keperluan perniagaan berkenaan. Melalui skim ini, para
usahawan boleh mendapatkan pembiayaan menerusi institusi kewangan tertentu yang
mengambil bahagian dalam skim ini. Bank-bank perdagangan yang terlibat adalah
CIMB Bank Berhad dan Maybank Berhad.
Selain itu, Dana Bantuan Pembangunan Francais
(DBPF) juga diadakan sebagai insentif bagi menggalakkan usahawan tempatan untuk
menukarkan perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan francais. Melalui
dana ini, perniagaan yang telah berjaya didaftarkan sebagai perniagaan francais
(francaisor atau francaisi induk) layak diberikan geran dalam bentuk bayaran
balik sehingga 90% dari kos yang digunakan untuk membangunkan sistem francais dengan
had maksimum RM100,000.
Bagi Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPKF)
pula, skim ini bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kecil
(micro-franchising) kepada francaisi tempatan yang berpendapatan kecil dan
sederhana dengan pembiayaan maksimum sehingga RM50,000. Skim ini menyediakan
pembiayaan perniagaan kepada bakal-bakal usahawan untuk menceburi bidang
perniagaan francais secara mikro yang menawarkan satu model perniagaan yang
teratur, sistematik dan kurang berisiko. Bantuan kewangan yang disediakan oleh
Perbadanan Nasional Berhad (PNS)pula termasuk Pre-Franchise Scheme, Skim
Francais Eksekutif, Skim Pembiayaan Francaisi, Franchise Micro Financing Scheme
(SPKF),Graduate Franchise Programme dan sebagainya.
Tambahan pula, program yang telah dibangunkan
bagi memastikan perniagaan francais berkembang pesat termasuk Program
Pembangunan Francais (PPF). Program ini adalah satu program pemasaran
berteraskan konsep Pensyarikatan Malaysia yang bertujuan membangunkan
usahawan-usahawan kecil dan sederhana (UKS) di sektor perdagangan, perkhidmatan
dan perindustrian.
Selain itu, Program Pembangunan Francais
Tempatan (PPFT) juga diperkenalkan bertujuan untuk memberikan bantuan kepada
pengusaha-pengusaha tempatan yang mempunyai produk yang berpotensi untuk
difrancaiskan tetapi tidak mengetahui cara untuk memfrancaiskan produk
tersebut. Melalui program ini, pengusaha yang berkelayakan akan dibimbing dari
peringkat awal sehingga pembukaan outlet prototaip, dengan kos bayaran
perundingan dibiayai sepenuhnya oleh agensi kerajaan.
Sebagai usaha membendung penipuan melibatkan perunding
francais swasta yang semakin berleluasa, peraturan baharu akan mewajibkan
golongan berkenaan memohon lesen daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi Dan Kepenggunaan(KPDNKK) dan hanya syarikat yang mempunyai lesen
sahaja dibenarkan menawarkan khidmat kepada industri francais selepas
penguatkuasaan dibuat. Dengan peraturan baharu nanti, kerajaan akan menetapkan
bayaran rundingan mengikut jenis perniagaan francais. Peraturan dan akta baharu
ini penting untuk kerajaan merangka program pembangunan pada masa depan
memandangkan pelan induk lima tahun ini mempunyai perancangan yang besar
terutamanya bagi memperkasa penerokaan pasaran luar negara.
SWASTA
Usaha
untuk membangunkan industri francais turut disokong oleh sektor swasta. Antara agensi dan badan
berkanun dan bukan kerajaan yang menyumbang kepada pembangunan industri
francais ialah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Credit Guarantee Corporation Sdn
Bhd, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Malayan Banking Berhad (MAYBANK), CIMB
Bank Berhad (CIMB), Malaysian Franchise Associations (MFA), Perbadanan Nasional
Berhad, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), SME Corporation Malaysia.
Badan bukan kerajaan yang dinyatakan ini bersedia untuk memberikan bantuan
dalam bentuk kewangan atau modal untuk membantu usahawan francais.Bantuan dalam
bentuk kewangan merangkumi bantuan pembeli peralatan, sewaan premis dan perkara
yang berkaitan dengan modal dan peralatan.
Agensi dan badan bukan kerajaan ini banyak
memberi sumbangan seperti latihan dan khidmat nasihat, bantuan kewangan serta
premis perniagaan.Keutamaan bantuan oleh agensi dan badan bukan kerajaan lebih
memberi keutamaan kepada usahawan bumiputera. Antara persatuan yang terlibat
adalah :
i)
Persatuan Francais Malaysia (MFA)
Malaysian Franchise Association atau ringkasnya MFA telah
ditubuhkan pada tahun 1994 untuk membantu usaha kerajaan dalam menggalak dan
menambahkan bilangan usahawan yang terlibat dalam bidang francais. MFA
bertindak sebagai pusat sumber maklumat kepada francaisor, francaisi, pihak
media dan seterusnya orang ramai. MFA meletakkan para francaisor, bakal
francaisor, master francaisi, bakal master francaisi, beberapa agensi kerajaan
dan pihak berkuasa, bank, firma perakaunan, firma guaman, jururunding francais,
pembekal dan vendor di bawah satu bumbung.
TAHAP PERKEMBANGAN INDUSTRI FRANCAIS
Industri
francais Malaysia menunjukkan perkembangan positif kerana menembusi pasaran
global dan mampu bersaing dalam pasaran antarabangsa apabila 59 produk tempatan
berjaya mengembangkan perniagaan di 53 buah negara. Menurut Ketua Setiausaha
KPDNKK Datuk Seri Jamil Salleh melalui Sinar Harian (2016), sejumlah
813 perniagaan francais telah didaftarkan di Malaysia.Tambahan pula, dengan
penganjuran Franchise International Malaysia (FIM) 2016 awal Mei lalu pula,
sebanyak RM371 juta pelaburan telah dicatatkan oleh 78 syarikat melalui 926
potensi francais.
Hal ini menunjukkan peningkatan bilangan
potensi francais sebanyak 19.7 peratus berbanding tahun lalu .Justeru itu,
Kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil langkah inisiatif untuk membangunkan
sektor francais di Malaysia melalui penyediaanPelan Induk Pembangunan Francais
Nasional (PIPFN).
Kerajaan melalui kementerian dan pelbagai
agensi terlibat menganjurkan pelbagai program setiap tahun mempromosikan jenama
tempatan di pasaran antarabangsa.Usahawan francais perlu memanfaatkan platform
itu untuk memudahkan mereka mengenali lebih dekat peluang pasaran dan
persekitaran sesebuah negara.
Pelbagai strategi dan program di rancang secara
menyeluruh bagi menyokong pertumbuhan francais dan merealisasikan aspirasi
PIPFN untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat francais di rantau Asia Tenggara
dan Timur Tengah menjelang tahun 2020.
KEPENTINGAN INDUSTRI FRANCAIS TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SOSIAL
Konsep
dan pendekatan francais diterima pakai dalam sektor swasta dan komersial serta
begitu popular mutakhir ini.Tidak dapat dinafikan bahawa Industri francais ini
mempunyai kepentingan terhadap ekonomi dan sosial . Berikut adalah penjelasan
lebih terperinci tentang kepentingan industri ini dalam dua aspek berikut:
EKONOMI
Perkembangan
perniagaan francais memberi pelbagai manfaat kepada sesebuah negara,
terutamanya dari segi ekonomi. Jika dilihat dari sudut ekonomi, situasi ini
akan membantu merangsang lagi pertumbuhan perniagaan dengan mewujudkan
usahawan-usahawan tempatan yang akan menawarkan produk yang berjenama. Melalui
sistem francais juga satu transformasi kepakaran, teknologi dan idea-idea
baharu akan diperoleh oleh usahawan yang akan membantu pertumbuhan ekonomi
setempat. Selain itu, senario ini akan menggalakkan perdagangan antarabangsa
sekali gus menyumbang kepada pertukaran mata wang negara di samping membuka
peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Perniagaan
francais secara langsung mampu memberi sumbangan yang positif terhadap
pertumbuhan ekonomi negara. Menurut Utusan (2014), pada ketika ekonomi negara
berada pada landasan yang kukuh, permintaan domestik telah memainkan peranan
penting di dalam pertumbuhan ekonomi.
SOSIAL
i) Memenuhi Keperluan Masyarakat
Dengan
adanya Perniagaan Francais ia dapat memenuhi keperluan masyarakat. Hasil
daripada aktiviti-aktiviti perniagaan, iaitu urusan pembelian dan penjualan
barangan dan perkhidmatan, para peniaga akan memperolehi keuntungan manakala
pihak pembeli dan pengguna pula memiliki barangan dan perkhidmatan yang dapat
memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
ii)
Menyediakan Pekerjaan Kepada Masyarakat
Sebahagian
besar masyarakat menyara kehidupan mereka melalui pekerjaan yang diperolehi
daripada sektor perniagaan.Perkembangan Industri francais di Malaysia
membolehkan masyarakat bekerja sebagai peniaga atau sebagai pekerja dalam
organisasi perniagaan.Pendapatan yang diterima melalui pekerjaan yang
diperolehi daripada sektor perniagaan dapat menyara malah meningkatkan taraf
hidup masyarakat.Selain itu, pekerja-pekerja yang kehilangan pekerjaan dan
terdesak semasa berlakunya kemelesetan ekonomi boleh beralih kepada perniagaan
terutamanya perniagaan secara kecil-kecilan sebagai sumber rezeki yang baru.
iii) Memahami Pergolakan Perniagaan
Kefahaman
terhadap konsep perniagaan francais akan
dapat membantu dan memudahkan lagi individu ataupun organisasi untuk memahami
dan mengenal pasti sebarang pergolakan perniagaan semasa. Misalnya, Syarikat A
sedang menghadapi masalah kewangan, maka kita boleh mengambil kesempatan ini
untuk memiliki syarikat yang berkenaan dengan membeli saham-sahamnya atau
tidak.
iii) Peluang Global
Masyarakat
yang berilmu perniagaan akan memudahkan negara
untuk menceburi dalam perniagaan di peringkat antarabangsa atau global.
Penguasaan ilmu perniagaan membolehkan peniaga-peniaga negara kita bersaing
terutamanya dengan peniaga-peniaga dari negara-negara maju.Kita memerlukan
kemahiran, kepakaran dan lebihan persaingan (competitive
edge) yang tinggi dan berkualiti untuk maju dan menjayakan perniagaan di
peringkat antarabangsa atau global
FAKTOR SESEBUAH SYARIKAT MENFRANCAISKAN PERNIAGAAN
Aziela
(2013),menggariskan beberapa faktor sesebuah syarakat menfrancaiskan perniagaan
mereka. Antaranya adalah:
i) Untuk mengumpulkan modal supaya perkembangan
pesat dapat dilakukan.
Sesebuah syarikat yang mengalami pertumbuhan dan perkembangan pesat mungkin menghadapi masalah aliran tunai dan risiko. Untuk mengatasinya kemelesetan ekonomi, cara ini adalah yang terbaik untuk berkembang dengan melibatkan risiko kewangan yang minimum ialah memfrancaiskan perniagaan mereka.
Sesebuah syarikat yang mengalami pertumbuhan dan perkembangan pesat mungkin menghadapi masalah aliran tunai dan risiko. Untuk mengatasinya kemelesetan ekonomi, cara ini adalah yang terbaik untuk berkembang dengan melibatkan risiko kewangan yang minimum ialah memfrancaiskan perniagaan mereka.
ii) Untuk mengumpulkan
tenaga kerja dan motivasi.
Dalam
proses perkembangan korporat sebahagian daripada cawangannya mungkin terletak
jauh dari syarikat induk. Hal ini mungkin akan menyebabkan kejatuhan
produktiviti dan keuntungan kerana pengurus syarikat yang bertanggungjawab ke
atas cawangan tersebut tidak mendapat penyeliaan secara langsung daripada
syarikat induk. Akan tetapi jika perniagaannya difrancaiskan, pengurus cawangan
itu sebenarnya adalah pemilik syarikat yang dikenali sebagai francaisi bukan
seorang pengurus yang makan gaji. Maka ini, sudah tentu memberi insentif yang
tinggi pada francaisi untuk memaksimumkan usaha di dalam perniagaannya sendiri.
iii)
Risiko perniagaan yang rendah.
Dalam perniagaan bukan francais, jika perniagaan itu gagal, maka pemilik perniagaan itu akan hilang segalanya. Akan tetapi dalam pakej francais, jika perniagaan itu menghadapi masalah, ia sekurang-kurangnya masih mempunyai francaisor sebagai perujuk kepada permasalahan perniagaannya. Francaisor akan memberi latihan lanjutan dan bantuan on-the-spot dan jika semua ini gagal, Francaisor akan membeli balik perniagaan tersebut atau menjual perniagaan itu kepada francaisi yang berpotensi pada harga pasaran semasa. Ini tidak bermakna perniagaan francais tidak akan hilang pelaburannya, tetapi sekurang-kurangnya langkah-langlah akan diambil oleh francaisor untuk mengurangkan kerugiannya.
Dalam perniagaan bukan francais, jika perniagaan itu gagal, maka pemilik perniagaan itu akan hilang segalanya. Akan tetapi dalam pakej francais, jika perniagaan itu menghadapi masalah, ia sekurang-kurangnya masih mempunyai francaisor sebagai perujuk kepada permasalahan perniagaannya. Francaisor akan memberi latihan lanjutan dan bantuan on-the-spot dan jika semua ini gagal, Francaisor akan membeli balik perniagaan tersebut atau menjual perniagaan itu kepada francaisi yang berpotensi pada harga pasaran semasa. Ini tidak bermakna perniagaan francais tidak akan hilang pelaburannya, tetapi sekurang-kurangnya langkah-langlah akan diambil oleh francaisor untuk mengurangkan kerugiannya.
SEJARAH PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS
Peringkat Global
Sejarah
perkembangan sektor francais dapat dibahagikan kepada tiga peringkat
utama.Peringkat awal bermula dari abad ke-18 yang bermula di Jerman.Ianya
diasaskan oleh seorang pembuat bir dari Jerman yang menggunakan jenama pada
produknya. Pada peringkat awal format francais digunakan dalam perniagaan
sebagai cara mendapatkan kontrak untuk membuat bir.
Menurut Ismail (2012), sejarah perkembangan
sektor francais di peringkat kedua mula bertapak di Britian pada abad ke-19
dalam industri membuat wain. Dari sinilah idea itu berkembang ke Amerika
Syarikat melalui syarikat Singer Sewing Machine. Format perniagaan francais ini
melalui cap dagang Singer sebagai produk dalam perniagaan mereka.Dari itu
perniagaan francais terus berkembang ke Amerika Syarikat melalui Revolusi
Perindustrian di Britian.
Pada kurun ke-20, di peringkat ketiga sejarah
perkembangan perniagaan francais mula dikenali dalam pasaran global. Menurut beliau,
ini didahului oleh Restoran A&W apabila memulakan operasinya yang
menggunakan format perniagaan francais. Bermula dari detik itu, perniagaan
berbentuk francais ini terus berkembang, menjadi rangkaian produk dan
perkhidmatan yang berjenama.Hlm : 18
Di peringkat global pembangunan industri
francais bermula sejak tahun 1850-an dan bermula untuk berkembang sejak tahun
1950-an dan di Amerika Syarikat pula tahun 1960-an. Dengan ini objektif atau
tujuan utama industri ini adalah dapat mengedarkan dan menjual sesuatu barangan
yang dikeluarkan kepada seluruh kawasan.
McCormick Harvesting Machine Company dan
Singer Sewing Machine Company telah memulakan sistem francais di dalam
pengedaran barangan mesin jahit keluaran syarikat mereka di sekitar tahun
1850-an. Singer Sewing Machine Company telah mula memberi lesen hak pengedaran
produk Singer kepada syarikat-syarikat individu sebagai ejen pengedaran mesin
keluaran Singer di kawasan pasaran yang eksklusif. Beliau turut memperkenalkan
cara pengedaran yang baharu iaitu pengedar-pengedar yang dilantik mempunyai hak
penjualan yang eksklusif di kawasan pemasaran mereka tanpa diganggu oleh
pengedar-pengedar lain dan mereka dikehendaki membayar royalti atau yuran untuk
memperoleh hak tersebut.
Kemudiannya, seorang usahawan terkemuka John S.
Pemberton, dari Atlanta Amerika Syarikat telah menemui ramuan ubat lalu
memperkenalkannya. Beliau kemudian mengubahnya menjadi minuman ringan dan
membekalkannya dalam bentuk sirap kepada syarikat-syarikat pembotolan tempatan
Amerika Syarikat.Usaha ini berjaya mewujudkan satu rangkaian francais minuman
yang terbesar berjenama Coca-Cola. Kejayaan ini telah menjadi pemangkin kepada
kewujudan syarikat lain seperti Pepsi-Cola dan Seven-Up.
Sejarah Pembangunan Industri Francais Di Malaysia
Sejarah
awal menunjukkan bahawa perniagaan francais di Malaysia telah bermula sejak
tahun 1946 iaitu dengan kemasukan syarikat Singer. Syarikat ini memperkenalkan
sistem francais secara tidak langsung kepada usahawan tempatan iaitu dengan
mengembangkan rangkaian perniagaannya. Antara bidang perniagaan lain yang turut
berkembang pada awal tahun 1950-an ialah rangkaian kedai Kasut Bata, ejen-ejen
penjual kereta, pengeluaran minuman ringan dan stesyen minyak.
Industri francais Malaysia menunjukkan
perkembangan positif kerana menembusi pasaran global dan mampu bersaing dalam
pasaran antarabangsa apabila 59 produk tempatan berjaya mengembangkan
perniagaan di 53 buah negara. Menurut Setiausaha Agung Persatuan Francais
Malaysia (MFA), Mohamad Shukri Salleh berkata, setakat ini sebanyak 1,992
rangkaian outlet perniagaan francais tempatan di luar negara antaranya Marry
Brown, Nelson dan Secret Recipe Cakes and Cafe. Kerajaan Malaysia memberikan
fokus kepada pembangunan industri francais di Malaysia sejak di bawah
kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengorak langkah
memperkenalkan francais pada 1993.
Menurut Persatuan Francais Malaysia (MFA), Program
Pembangunan Francais mula diperkenalkan pada Ogos 1992 di Malaysia, Pembangunan
Negara menetapkan unit penyelaras dan perlaksanaan (UPP) di bawah Jabatan
Perdana Menteri untuk bertindak sebagai pusat francais setempat. Pada Mei 1995
di mana bahagian pembangunan Francais UPP iaitu Jabatan Perdana Menteri(JPM)
mula dipindahkan ke Kementerian Pembangunan Usahawan sebagai Bahagian Francais
dan Vendor. Mengikut sumber daripada Bahagian Pembangunan Francais, KPDNKK
sehingga 16 Julai 2012 telah mencatatkan sebanyak 426 produk Francais
diperkembangkan di dalam Negara (Francaisor) iaitu mencatatkan 64%daripada
keseluruhannya manakala produk Francais luar negara (Francaisi Induk dan
Francaisi) adalah sebanyak 240 iaitu 36% daripada jumlah keseluruhan produk
Francais ini. Kerajaan melalui kementerian dan pelbagai agensi terlibat
menganjurkan pelbagai program setiap tahun mempromosikan jenama tempatan di
pasaran antarabangsa. Usahawan francais perlu memanfaatkan platform itu untuk
memudahkan mereka mengenali lebih dekat peluang pasaran dan persekitaran
sesebuah negara. Kerajaan akan membantu usahawan francais ke luar negara.
Kerajaan memberikan maklumat dan sokongan tambahan apabila berada di pasaran
luar. Dalam perniagaan francais, hubungan dan kerjasama penting untuk terus
berdaya saing di pasaran tempatan dan antarabangsa.
FRANCAIS DITAFSIRKAN DARIPADA BEBERAPA PENGERTIAN
Definisi Francais
Dengan
mengambil dari kata dasar “Franc” atau “Franchising” dari sebutan bahasa Anglo-French
yang bermaksud percuma. Pemunya perniagaan digelar ” Francaiser” (Franchiser)
dan peniaga yang menggunakan model perniagaan francaiser digelar, ” Francaisi”
(Franchisee). Francais bermaksud satu bentuk pemasaran atau pengagihan di mana
sebuah syarikat pemberi francais (francaisor) memberi kebenaran, hak atau
keistimewaan kepada seseorang individu atau syarikat pemegang francais
(francaisi) untuk menjalankan perniagaan mengikut tatacara yang ditentukan
dalam jangkamasa tertentu dan pada lokasi yang ditentukan.
Pengertian Francais
*Dari
Sudut Komersial:
Francais
adalah satu kaedah pemasaran yang berasaskan pemberian hak dan tanggungjawab
bagi menjalankan sesuatu perniagaan menggunakan tanda nama atau tanda niaga,
sistem, lokasi atau kawasan dan jangkamasa yang ditentukan (MFA,2016).
*Dari Sudut Perundangan (Akta Francais):
Francais
adalah kontrak atau perjanjian samada secara nyata atau tersirat, secara lisan
atau tertulis di antara 2 orang atau lebih di mana antaranya ; Francaisor
memberi francaisi hak untuk mengendalikan perniagaan mengikut system francais
yang ditentukan oleh francaisor selama empoh yang ditentukan oleh francaisor .
Ramli
Abdul Halim dalam kenyataannya di dalam Dewan Ekonomi (2016) menyatakan sebab
francaisi menjalankan perniagaan di bawah nama atau cap dagang yang sudah
dikenali serta menggunakan kaedah atau konsep pemasaran yang telah tersedia ada
ialah kerana francais menjanjikan laluan yang lebih selamat bagi bakal usahawan
memulakan perniagaan sendiri, pada masa yang sama, mereka juga tidak berniaga
bersendirian.
Menurut
Malayasian Franchise Association (2015), francais boleh dibahagikan kepada tiga
jenis iaitu:
i) Business Format Franchaise / Local Authorised
Franchaise Holder
Francais
jenis format perniagaan yang paling popular dan mendapat pengikhtirafan di
bawah Program Pembagunan Francais anjuran kerajaan. Peniaga francais jenis ini
diberikan hak untuk menduplikasikan keseluruhan sistem perniagaan yang
diamalkan oleh francaisor. Mereka biasanya terus mendapatkan hak menggunakan
jenama dan mengedarkan produk yang ditawarkan. Industri francais jenis ini
lebih mudah untuk menjalankan perniagaan kerana semuanya disediakan oleh
francaisor. Francaisor mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan semuanya yang
berkaitan dengan perniagaan yang akan dijalankan oleh francaisi
II)
Dealership/Distributorship Franchaise
Menurut
Persatuan Francais Malaysia(MFA), francais jenis pengedaran produk merupakan
syarikat persendirian yang sedia ada telah dipelawa untuk menjadi francaisi
dalam rangkaian perniagaan francaisor. Francaisi akan menukar tanda nama dan
cap dagangan dagangan kepada jenama francaisor. Contohnya, Syarikat Madani
Greatlink Sdn.Bhd telah diberi hak oleh Proton Edar untuk menjual kereta
nasional.
III)Trademark / Brand Name Licence
PENGENALAN TENTANG FRANCAIS
Francais
merupakan satu bentuk pemasaran produk dengan cara memberi informasi secara
meluas tentang penawaran jenama ataupun cap dagang sama ada dalam bentuk
baranganan mahupun perkhidmatan kepada pelanggan terakhir. Pemilik francais
yang disebut francaisor memberi kebenaran kepada pihak penerima francais, sama
ada individu mahupun syarikat bagi menjalankan perniagaan dengan mengikut
kaedah, sistem dan tatacara yang telah diatur dalam perjanjian yang disepakati
antara kedua-dua belah pihak, dalam tempoh masa dan tempat yang ditetapkan.
Dalam istilah lain, francais adalah suatu perkongsian di antara pemilik produk (disebut
francais) dan yang membeli hak francais (disebut francaisi) di mana francaisor
menyediakan pelbagai persediaan sistem, manakala francaisi menyediakan modal
dalam bentuk dana, sumber manusia dan usaha yang berterusan bagi memastikan
perniagaan yang dijalankan tetap beroperasi selama terikat dalam perjanjian.
Perniagaan francais meliputi semua jenis
perniagaan berangkaian yang memenuhi ciri asas 3S iaitu sistem (system),
pengkhususan (specialization), dan piawaian (standardization). Ciri-ciri yang
kentara pada sistem ini ialah jaminan pasaran dan sistem yang sudah teruji
dengan baik, modal yang tidak besar serta pulangan yang agak lumayan dengan tempoh
masa yang singkat. Ini kerana dalam pelaksanaannya, francaisi hanya menjalankan
apa yang telah ditetapkan oleh francaisor, tanpa ia melakukan satu kajian pemasaran
(marketing survey) dan ujian kelayakan, manakala penerima francais pula akan
memperoleh penyeliaan perniagaan, kursus-kursus kemahiran menjalankan urusniaga
serta kaedah-kaedah yang akan menjayakan bidang keusahawanan. Manakala
francaisi mempunyai kewajipan bayaran dengan jumlah yang telah disepakati dalam
kontrak perjanjian kepada francaisor. Dengan sistem yang telah teruji, syarikat-syarikat
francais berjaya memperluaskan pasaran ke pelbagai kawasan, bahkan sampai ke
luar negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)